• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghuni 2 Rumah Di Senawang Jaya Dinasihat Pindah

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Penghuni dua buah rumah di Taman Senawang Jaya dekat sini dinasihatkan supaya berpindah sementara bagi mengelak runtuhan tebing longkang di belakang rumah mereka pada 16 November lalu menjadi semakin teruk dan membahayakan keselamatan penghuninya.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Seremban, Mohd. Najib Abd. Karim berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan sebuah rumah pangsa di Paroi untuk penempatan sementara.

“Buat masa ini rumah tersebut belum boleh diduduki kerana tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi dan kami difahamkan pihak JKM akan sesegera mungkin melengkapkan rumah tersebut agar penghuni rumah yang terjejas boleh mendiami rumah tersebut dengan selesa,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik rumah yang terjejas, Syarifah Tugino, 36, berkata beliau dan 10 anggota keluarganya akur dengan arahan yang diberikan dan akan menumpang sementara di rumah saudara suaminya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

“Kami telah diarahkan keluar malam tadi atas faktor keselamatan dan kami pun dah mula berpindah malam tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Syarifah berkata keadaan menjadi semakin teruk semenjak kejadian pertama pada 16 November lepas berikutan hujan setiap hari dan berharap kerja-kerja membaiki tebing longkang di belakang rumahnya dapat disiapkan secepat mungkin.

“Hari ini baru mereka (kontraktor) letak barang dan nampak lah ada kemajuan untuk membaiki tanah runtuh di belakang rumah kami. Saya harap ia akan berterusan, jangan letak barang hanya untuk melegakan hati kami.

“Saya juga berharap kerja-kerja pembaikan ini dapat disiapkan secepat mungkin kerana saya risau akan keselamatan lima anak saya kerana mereka masih kecil berusia di antara 1 hingga 9 tahun,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemilik rumah yang terjejas, Lai Heng Chat, 71, berkata dia dan isteri bersama cucu perempuan mereka berusia 12 tahun, tidak akan keluar rumah sebaliknya hanya akan berpindah dari bahagian belakang rumah ke bahagian hadapan.

“Saya risau mahu tinggalkan rumah lama-lama. Saya lihat mereka (kontraktor) sudah mula buat kerja, jadi saya rasa lega.

“Saya rasa proses nak membaiki tanah tebing ini akan mengambil masa lama sebab sekarang musim hujan, macam mana mereka nak terus bekerja dalam masa yang singkat,” katanya.

Walaupun bimbang dengan keselamatan isteri dan cucunya, Lai menghargai usaha pihak polis dan anggota APM yang sentiasa membuat rondaan dan pemantauan di kawasan rumah mereka. – BERNAMA

Tags: APMtanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit

Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit

31/05/2026
0

KUALA SELANGOR – Misteri bunyi tapak kaki yang menghantui sebuah keluarga selama hampir dua minggu akhirnya terungkai apabila "suspek" yang...

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd