• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Bercium Disahkan Dari Sekolah Swasta Di JB

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua pelajar yang adegan mereka sedang bercium dirakamkan, membuat pengakuan bahawa mereka adalah individu dalam video yang menjadi viral di laman media sosial.

Pengetua Sekolah Tinggi Foon Yew, Tee Bee Tin turut mengesahkan pelajar lelaki dan perempuan dalam video itu adalah dari sekolah berkenaan berdasarkan nombor pengenalan diri pada pakaian seragam sekolah pasangan tersebut.

Beliau berkata kedua-dua pelajar berusia 13 tahun itu dan ahli keluarga mereka turut dipanggil dalam satu mesyuarat pada Isnin.

“Ibu bapa pelajar lelaki itu mendakwa anaknya telah dianiaya oleh rakannya.

“Mereka mendakwa beberapa adegan lucah lain dalam video itu turut dimuatnaik oleh rakannya,” kata Tee kepada pemberita di sekolah swasta di Kampung Stulang Laut dekat sini, Selasa.

Turut hadir ibu bapa pelajar perempuan terbabit.

Video berdurasi 52 saat yang menjadi viral di Facebook pada Jumaat menunjukkan sepasang pelajar lelaki dan perempuan memakai pakaian seragam sekolah sedang bercumbuan.

Terdapat juga beberapa adegan lucah lain di dalam video tersebut.

Tee berkata beliau dimaklumkan bahawa pelajar dan rakannya yang berusia 20 tahun yang bekerja sebagai chef di Singapura terlibat dalam perselisihan faham pada Oktober lalu.

Jelas beliau, ibu bapa pelajar lelaki terbabit memberitahu rakannya itu turut mengancam untuk memalukan mereka dalam masa terdekat.

Bapa pelajar terbabit turut mendakwa lelaki itu turut menggodam laman Facebook milik anaknya. – mStar Online

Tags: berciumJohorpelajar sekolah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd