• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Minta Jakim Jelas Status Halal Coklat Daim, Toblerone

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini digesa menjelaskan status halal coklat jenama Daim dan Toblerone yang dilapor menimbulkan keraguan umat Islam.

Gesaan itu dibuat dua badan bukan kerajaan iaitu Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay menegaskan Jakim perlu memberi keputusan sama ada coklat berkenaan halal atau tidak untuk dimakan orang Islam.

“Kita tidak mahu ada rasa was-was terhadap produk makanan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jakim sebelum ini mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf jabatan itu.

Bagaimanapun pada 26 Dis lepas, Mondelez International dalam kenyataannya berkata bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan coklat berkenaan adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.

Syarikat pengeluar Daim dan Toblerone itu berkata walaupun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

IRIMM dan MJMM turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap pengeluar coklat berkenaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu. – BERNAMA

Tags: Amir Amsaa Alla PitchaycoklatDaimJakimToblerone
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd