• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazmi Faiz Bersyukur Dapat Sertai JDT

oleh AK-47
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pemain Selangor, Muhamad Nazmi Faiz Mansor berasa syukur kerana diberi peluang untuk menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Katanya, beliau bersyukur diberi kepercayaan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menyarung jersi Harimau Selatan pada musim depan.

“JDT mempunyai segala-galanya yang terbaik dari senarai barisan kejurulatihan dan juga fasiliti. Inilah tempatnya untuk pemain menjadi lebih baik.

“Saya akan sentiasa fokus dan beri persembahan sebaik mungkin untuk membantu pasukan mengekalkan kejuaraan kerana saya tahu pasukan ini akan menjadikan saya lebih baik dari sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Nazmi Faiz pernah menimbulkan kontroversi apabila meludah pemain Timor Leste dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B bola sepak Sukan SEA di Singapura pada Jun tahun lalu.

Akibatnya, Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjatuhkan hukuman gantung sebanyak enam perlawanan ke atas beliau.

Sementara itu, laman Facebook rasmi JDT memaklumkan pemain Harimau Selatan kini menjalani latihan fizikal dibawah kendalian jurulatih baharu dari Argentina, Marcos Gonzalez.

Gonzalez menerapkan corak latihan fizikal yang keras ke atas pemain JDT untuk memastikan para pemain mencapai tahap yang dikehendaki.

“Pastinya sesuatu yang menarik bakal dipersembahkan untuk musim baru nanti,” kata laman Facebook berkeaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTNazmi Faiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd