• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Nama Saya Ialah Slamet Hari Natal’

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG (Indonesia) – Setiap kali tibanya sambutan Hari Krismas, seorang lelaki yang tinggal di Desa Wonomulyo di sini pasti menjadi individu paling popular.

Lelaki berusia 54 tahun itu bukan sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya malah dia juga mempunyai nama yang unik iaitu Slamet Hari Natal.

“Iya itu nama saya,” katanya sambil menunjukkan kad pengenalan diri yang tertera nama dan tarikh lahirnya pada 25 Disember 1962.

Menurutnya, ketika dilahirkan pada Hari Krismas dia disambut oleh seorang bidan beragama Kristian.

“Kerana lahir pada Hari Krismas bidan ini memberi cadangan untuk memberi nama Selamat Hari Natal kepada saya.

“Ibu bapa saya menerima cadangan berkenaan, tetapi kerana saya orang Jawa, Selamat ditukar kepada Slamet,” jelasnya.

Menurutnya, ibu bapa beragama Islam tetapi mereka tiada masalah memilih nama itu.

“Walaupun saya beragama Islam tetapi penduduk di sini tidak pernah menghina atau memandang serong terhadap saya.

“Semua penduduk kampung gembira memanggil nama saya setiap kali ketibaan Hari Krismas,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: namaunik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Daftar Nama Dan Nombor Telefon Palsu

18/05/2020
0

PUTRAJAYA - Jangan letak maklumat seperti nama ‘Badang’, ‘Superman’ dan ‘Batman’ serta nombor telefon palsu ketika membuat pendaftaran di premis perniagaan, kata Menteri...

Tuah Nama Mohd. Merdeka

21/08/2019
0

KEPALA BATAS - Sejak kecil, Mohd. Merdeka Ismail yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 sering diejek dan dijadikan topik gurauan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd