• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa

oleh Mynewshub
29/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa ‘nama Tanah Melayu telah berakhir’ dengan berkuat kuasanya Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Penerangannya, Azrol Mansor berkata, kenyataan tersebut bukan sekadar mengelirukan, malah dilihat sebagai satu lagi cubaan halus untuk menghakis kefahaman rakyat terhadap sejarah sebenar pembentukan negara.

“Menjadikan Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan sebagai alasan untuk menafikan kesinambungan sejarah Tanah Melayu adalah tafsiran yang sempit dan tidak menghormati fakta sejarah.

“Perkasa ingin mengingatkan pemimpin DAP bahawa Malaysia tidak lahir tanpa sejarah. Malaysia lahir daripada Persekutuan Tanah Melayu yang bergabung bersama Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963. Tanpa Tanah Melayu, tidak akan wujud Malaysia seperti yang dikenali hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Azrol berkata, istilah Tanah Melayu bukan sekadar nama pentadbiran, tetapi sebuah identiti sejarah yang diiktiraf dunia sejak ratusan tahun lalu, malah tercatat dalam peta, manuskrip, dokumen penjajah British dan pelbagai rekod antarabangsa.

Kata beliau, nama rasmi negara berubah kepada Malaysia pada tahun 1963, tetapi sejarah Tanah Melayu tidak pernah terpadam dan tidak boleh dipadamkan melalui kenyataan politik.

Justeru, katanya, Perkasa melihat kenyataan seperti itu bukan berlaku secara kebetulan dan menimbulkan persoalan sama ada wujud usaha untuk memisahkan generasi muda daripada akar sejarah negara, sekali gus melemahkan pemahaman terhadap asas-asas Perlembagaan yang terbina daripada sejarah Tanah Melayu.

“Perkasa memberi amaran kepada mana-mana pemimpin DAP agar berhenti bermain dengan fakta sejarah dan identiti negara. Jangan sesekali mencabar memori sejarah bangsa Melayu serta asas pembentukan negara Malaysia demi meraih keuntungan politik.

“Sekiranya budaya memutar belit sejarah ini terus dijadikan naratif politik, ia hanya akan mengundang keresahan rakyat serta menjejaskan keharmonian masyarakat yang selama ini dibina atas asas saling menghormati sejarah dan Perlembagaan,” katanya.

Tambah beliau, Perkasa juga menyeru Kementerian Pendidikan, ahli akademik serta institusi sejarah negara supaya tampil mempertahankan fakta sejarah daripada sebarang cubaan memesongkan kefahaman rakyat.

“Sejarah bukan milik mana-mana parti politik untuk ditafsir mengikut kepentingan ideologi. Perkasa menegaskan bahawa nama rasmi negara ialah Malaysia, tetapi sejarah Tanah Melayu akan kekal sebagai akar pembentukan negara ini. Sesiapa yang cuba memadamkan sejarah Tanah Melayu sebenarnya sedang mempertikaikan asas yang melahirkan Malaysia itu sendiri.

“Jangan cabar sejarah. Jangan provokasi rakyat. Jangan jadikan sejarah negara sebagai mangsa politik. Tanah Melayu ialah sejarah, Malaysia ialah negara. Kedua-duanya saling berkait dan tidak boleh dipisahkan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Azrol MansorDatuk Teng Chang KhimnamaPERKASAPertubuhan Pribumi Perkasa MalaysiaTanah melayuTelah BerakhirVeteran DAP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Veteran DAP Chang Khim Tidak Sesuai Jadi Pengerusi SME Corp – Eric Lim Sian See

Veteran DAP Chang Khim Tidak Sesuai Jadi Pengerusi SME Corp – Eric Lim Sian See

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan veteran DAP, Datuk Teng...

Veteran DAP Kata Melayu Tidak Hilang Kuasa Politik Jika Undi Bumiputera Berpecah

Veteran DAP Kata Melayu Tidak Hilang Kuasa Politik Jika Undi Bumiputera Berpecah

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa kuasa politik Melayu tidak akan hilang sekiranya undi bumiputera berpecah....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd