• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Bas Ekspres: Najib Dan Zahid Rakam Takziah

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan bas ekspres yang mengorbankan 14 nyawa di Km137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan kawasan rehat dan rawat Pagoh, awal pagi ini.

“Innalillah. Sedih dengan berita tragedi bas di Johor yang ragut 14 nyawa. Takziah kepada keluarga mangsa, saya doakan yang cedera kembali sembuh Insya-Allah,” katanya menerusi catatan di Twitternya, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut merakamkan ucapan takziah menerusi laman Twitternya.

“Salam takziah kepada keluarga mangsa tragedi bas di Johor. Semoga cepat sembuh kepada mangsa yang cedera,” katanya.

Ahmad Zahid turut menasihati orang ramai agar berhati-hati memandu dan selamat bercuti bersempena sambutan Krismas esok.

Dalam kejadian kira-kira 3.25 pagi itu, bas ekspres Alisan Golden Coach terjunam ke dalam curam sedalam 10 meter sebelum merempuh benteng konkrit terowong di Kampung Jayor, berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh.

Selain 14 maut, sebanyak 16 lagi cedera termasuk enam warganegara Singapura dan dua warganegara Myanmar dalam kemalangan tersebut. – BERNAMA

Tags: Johorkemalangan mautNahas Bas EkspresNajib Tun RazakZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd