• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MU Dalam Peringkat Akhir Dapatkan Amri Yahyah

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Melaka United kini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan kapten pasukan Harimau Malaysia iaitu Mohd Amri Yahyah bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang juga pengurus pasukan Sang Kancil itu berkata semua terma termasuk gaji dan tempoh kontrak akan dimuktamadkan Isnin ini.

“Kita telah beri tawaran secara lisan kepada beliau nampak semuanya positif tetapi kita beri masa kepada beliau untuk memikirkannya, kita tengok bagaimana Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Amri, 35, merupakan penyerang berpengalaman yang sebelum ini mewakili kelab Johor Darul Ta’zim dan memiliki 61 caps dengan jaringan 15 gol ketika mewakili negara.

Mohd Yusoff berkata Melaka United tidak melihat usia Amri sebagai halangan untuk mendapatkan khidmatnya, sebaliknya melihat kepada prestasi semasa penyerang yang mesra dengan panggilan ‘Wak Am’ itu.

“Walaupun usianya hampir 36 tahun tetapi prestasi beliau seperti penyerang berusia 26 tahun, kita percaya beliau mampu membantu Melaka United ke tahap lebih tinggi selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amri YahyahJDTMelaka United
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd