• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

134 Projek Perumahan Terbengkalai Sejak 2013

oleh AK-47
06/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 134 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di Semenanjung dari 2013 sehingga bulan lepas, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Beliau berkata jumlah itu termasuk 26 projek yang terbengkalai tahun ini.

“Kerajaan mengambil tindakan menyenarai hitam pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh Perjanjian Jual-Beli (PJB) atau menyebabkan projek perumahan terbengkalai,” katanya pada persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Zali Mat Yasin yang ingin tahu jumlah projek perumahan terbengkalai dan tindakan kerajaan terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan selain bentuk perlindungan yang diberikan kepada pembeli yang menghadapi masalah berkenaan.

Mengulas lanjut, Halimah berkata pemaju yang disenarai hitam tidak boleh memohon atau memperbaharui lesen, permit iklan dan jualan serta nama mereka turut dipaparkan di laman sesawang kementerian untuk rujukan pembeli dan pelabur.

Selain itu, beliau berkata kerajaan mengambil tindakan pendakwaan dan kompaun ke atas pemaju bagi melindungi hak pembeli.

Beliau menambah pembeli boleh memohon menamatkan penjanjian jual beli sekiranya tiada kemajuan pembinaan secara berterusan selama enam bulan atau lebih. – BERNAMA

Tags: projek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kemajuan projek Littoral Combat Ship (LCS) berada pada tahap memuaskan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd