• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Perlu Henti Pura-Pura Tanya Soalan – Salleh

oleh Ahmad Albab
25/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pemimpin DAP Lim Kit Siang perlu menghentikan permainannya bertanya soalan yang beliau sudah tahu jawapannya.

Beliau juga meminta Kit Siang supaya tidak lagi berpura-pura untuk bertanya soalan sedangkan beliau sebenarnya membuat kenyataan atau tuduhan, dan belajarlah untuk menerima perbezaan pandangan.

“Lim Kit Siang mengemukakan banyak soalan kepada saya: sudah 35 setakat ini. Tetapi, walaupun beliau mengolahnya supaya kelihatan seperti soalan, ia sebenarnya kenyataan yang bertopengkan soalan.

“Ini adalah taktik biasa untuk membuat kenyataan yang kelihatan seperti soalan untuk menyebabkan orang yang anda tanya soalan itu tidak mempunyai banyak ruang untuk memberi jawapan,” kata Salleh dalam catatan terbaru melalui blog beliau hari ini.

Salleh berkata jika Kit Siang ingin membuat kenyataan atau tuduhan, buatlah dengan berterus terang.

“Kenapa hendak berpura-pura bertanya soalan sedangkan beliau sebenarnya bukan bertanya soalan? Beliau hanya ingin membuat tuduhan.

“Bagaimanapun, bagi mengelak daripada dikecam kerana membuat tuduhan palsu atau mengelirukan, beliau mengadunnya sebagai soalan dan jika diasak, beliau boleh mempertahankan diri dengan berkata beliau tidak membuat tuduhan, tetapi hanya bertanya soalan,” kata Salleh.

Menurut beliau, kebanyakan ‘soalan’ yang Kit Siang kemukakan sebenarnya sudah dijawab anggota Kabinet lain dan pemimpin DAP itu juga tahu mengenainya, tetapi tetap berpura-pura tidak tahu mengenainya.

“Ini benar-benar membazirkan masa dan dirancang untuk mengalih perhatian kita daripada isu lebih penting seperti orang yang menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai perdana menteri. Kit Siang, (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir Mohamad, PKR dan PAS kelihatan tidak sepakat tentang perkara ini.

“Adakah Kit Siang cuba mengalihkan perhatian kita daripada perkara itu? Soalan saya ini adalah soalan tulen, bukan soalan yang dibuat-buat,” kata Salleh. – BERNAMA

Tags: Lim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd