• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Kelapa Penyebab Kenaikan Harga Santan

oleh Ahmad Albab
11/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Harga buah kelapa yang mencecah sehingga RM2.20 sebiji menjadi punca kenaikan harga santan segar hingga mencecah RM9 sekilogram (kg).

Tinjauan Bernama di Pasar Chabang Tiga mendapati harga kelapa parut dan santan segar, masing-masing dijual RM8 dan RM9 sekilogram, berbanding RM7 dan RM8 sebelum ini.

Seorang peniaga Abdullah Ibrahim, 35, berkata jika dahulu kelapa dibeli dari pembekal dengan harga RM1.40 sebiji, namun kini ia naik mendadak malah berkemunginan naik lagi sehingga RM2.40 sebiji.

“Kami bukan sesuka hati menaikkan harga santan, kami beli dengan pembekal dengan harga yang tinggi, jadi kami terpaksa naikkan harga mengikut harga kelapa yang dihantar pembekal.

“Bekalan kelapa yang semakin sukar diperoleh kini memaksa pembekal dan peniaga menaikkan harga,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, bagi mendapatkan 150kg santan sebanyak 400 kelapa diperlukan dan berikutan permintaan yang tinggi pada hari minggu, beliau memerlukan 600 kelapa.

Kesemua jumlah tersebut digunakan untuk tempoh sehari sahaja dan pelanggan kebanyakannya terdiri daripada pengusaha restoran dan penduduk sekitar.

Abdullah berkata kebiasaannya mereka akan membeli 800 kepala dan ianya mampu bertahan sehingga dua hari.

Sementara itu, seorang peniaga, Mohd Syuzlan Abd Wahab, 28, berkata kelapa biasanya diambil dari Johor yang diimport dari Indonesia manakala bagi kelapa kampung ia diperoleh dari Kelantan dan Terengganu.

“Kelapa kampung ini tidak banyak. Jika ikutkan harga kelapa hari-hari naik dan kita pun terpaksa naikkan harga santan bergantung pada pembekal kelapa,” katanya. – BERNAMA

Tags: kelapa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

13/10/2024
0

KOTA BHARU - Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 selepas menahan sebuah treler...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd