• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos ‘Walkway’ Terlalu Mahal, Gerakan Bidas Kerajaan S’gor

oleh AK-47
27/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gerakan membidas kerajaan negeri Selangor kerana kos naik taraf ‘walkway’ atau laluan pejalan kaki sepanjang 1km di Taman Cheras Indah, dekat sini yang menelan belanja RM860,000, yang didakwa terlalu mahal.

Ketua Biro Aduan Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Ben Liew Pok Boon mendakwa kos itu sebagai tidak munasabah kerana ia hanya melibatkan kerja naik taraf bagi jarak sepanjang 1km sahaja.

“Saya boleh mengatakan bahawa ia merupakan ‘walkway’ termahal di Malaysia kerana ia menggunakan RM860,000 hanya untuk kerja-kerja naik taraf.

“Kami turut tidak pasti apa bahan-bahan binaan yang digunakan untuk kerja-kerja naik taraf itu kerana berdasarkan pemerhatian kontraktor, ia hanya bernilai kira-kira RM500,000 sahaja,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, Liew turut mempersoalkan kerja naik taraf laluan pejalan kaki itu yang didakwa tidak siap sepenuhnya kerana masih ada lagi lubang-lubang dan batu-batuan terbiar.

“Ada penduduk yang mendakwa warga emas dan kanak-kanak yang menggunakan ‘walkway’ itu jatuh terutamanya ketika musim hujan kerana keadaannya yang licin dan berlubang.

“Sepatutnya ‘walkway’ itu perlu dibina pagar bagi keselamatan penggunanya namun nampaknya ia belum siap sepenuhnya pun sudah dibuka untuk orang ramai,” katanya.

Liew berkata pihaknya memerlukan penjelasan lanjut mengenai kualiti dan kuantiti bahan-bahan yang digunakan untuk kerja naik taraf ‘walkway’ itu daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Teratai daripada DAP, Tiew Way Keng.

Sementara itu, penduduk Taman Cheras Indah, Jason Hew, 54, berkata ‘walkway’ itu dilihat sangat bahaya kerana ia mempunyai pagar yang melindungi pejalan kaki.

“Saya berharap jika MPAJ atau wakil rakyat mahu menaik taraf jalan ataupun fasiliti awam, ia perlu dilakukan secara teliti dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai, bukannya seperti ‘melepaskan batok di tangga’,” katanya.

Sementara itu, anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya Ho Lee Hien menjelaskan perbelanjaan sebanyak RM860,000 itu meliputi kerja-kerja menaik taraf jalan di sekitar Taman Cheras Indah.

“Ia bukanlah hanya tertumpu kepada ‘walkway’ sahaja seperti yang didakwa oleh Liew itu, perbelanjaan itu turut termasuk kerja-kerja penurapan jalan-jalan di sekitar kawasan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd