Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Video Intim: “Saya Tak...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan beliau...

Pengunjung Saksi Gerhana Bulan...

PORT DICKSON - Cuaca baik memberi peluang keemasan kepada orang ramai yang hadir...

Anak & Ibu Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang anak dan ibunya maut apabila kereta Proton Wira mereka...

80 Golongan Miskin Terima...

SEREMBAN - Seramai 80 wanita warga emas, daripada golongan berpendapatan rendah dari seluruh...

Fahaman Syiah Masih Terkawal – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyebaran ajaran sesat, fahaman Syiah di negara ini masih terkawal, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pengawalan ajaran itu adalah tertakluk di bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang diperuntukkan di setiap negeri.

“Dari segi bilangan pengikut, tidak dapat dipastikan kerana tidak ada anggaran yang tepat, tambahan pula kumpulan ini (Syiah) tidak berdaftar.

“Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri serta agensi keselamatan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kumpulan ini,” katanya menjawab soalan Senator Engku Naimah Engku Taib mengenai sejauh mana perkembangan fahaman Syiah dan bilangan pengikutnya di negara ini.


Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 bersetuju bahawa ajaran Islam yang lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah, bercanggah dengan hukum syarak serta undang-undang Islam dan penyebarannya adalah dilarang di negara ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori