• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Desas Desus Diaz Tinggalkan JDT Bertambah Hangat

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Desas desus mengenai penyerang import berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz bakal dijual kepada kelab luar negara bertambah hangat.

Ia ekoran pengumuman JDT bahawa pasukan itu telah mengenal pasti seorang pemain dari Sepanyol dan tiga dari Argentina untuk mengisi slot pemain luar negara.

“Saya amat teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan pemain-pemain ini beraksi.

“Mereka akan diserapkan ke pasukan utama JDT dan JDT II,” kata Pengurus merangkap Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez dalam satu kenyataan semalam.

Mynewshub pada 24 November lalu melaporkan Diaz berkemungkinan besar akan meninggalkan pasukan JDT pada musim depan.

Gomez waktu itu dipetik sebagai berkata, Diaz berkemungkinan dijual kepada pasukan luar negara yang berminat membelinya.

“Kami telah menerima tawaran menarik dari kelab Mexico dan Eropah yang berminat dengan pemain import kami.

“Saya rasa kemungkinan besar beliau tidak akan berada di sini pada musim hadapan. Kita lihat dulu,” kata Gomez.

Diaz, 26, yang berasal dari Argentina mula mewakili JDT pada tahun 2014 mempamerkan aksi cemerlang membantu pasukan itu mengondol beberapa kejuaraan sebelum ini.

Beliau pernah dipinjamkan kepada kelab Atlético Independiente selama empat bulan pada tahun lalu sebelum kembali semula kepada JDT. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTJorge Pereyra Diaz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd