• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Kakitangan UiTM P.Pinang Didakwa Rasuah

oleh Ahmad Albab
15/12/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Bekas Ketua Unit Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi penilaian kerja pemasangan peralatan gimnasium oleh sebuah syarikat pada Mei tahun lepas.

Ariff Hashim, 47, menukar pengakuannya apabila kes itu disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz selepas mahkamah berhenti rehat selama 30 minit.

Sebelum itu, ketika pertuduhan dibacakan kali pertama, dia mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu iaitu Borang Penilaian Prestasi Syarikat bagi menilai kerja-kerja membuka dan memasang peralatan Gimnasium Zamrud oleh Syarikat Terusan Abadi kepada Pembantu Tadbir Kewangan Kanan dengan jumlah RM2,500 sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Unit Sukan UiTM Pulau Pinang pada Mei 2015.

Ariff didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai butiran palsu itu, atau denda RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nazri menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, namun Ariff yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan dia sudah tidak bekerja.

Sitarun Nisa kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahUiTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd