• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Musuh Islam Pesongkan Pemikiran Umat – PAS

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS meminta seluruh pemimpin dan ahlinya supaya tidak memandang rendah keupayaan musuh agama yang merancang untuk memesongkan pemikiran umat Islam negara ini.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, musuh agama terbabit sedang berusaha meruntuhkan perpaduan umt Islam negara ini terutama dalam kalangan anggota gerakan Islam.

“Cabaran dakwah kita hari ini sangat mencabar. Jangan pandang rendah musuh merancang memesong pemikiran umat dan meruntuhkan akhlak berjamaah dalam kalangan anggota gerakan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin turut memperingatkan bahawa musuh Islam terbabit sedang mencipta pelbagai salah faham dan kekeliruan agar hilang kepercayaan awam kepada gerakan Islam di negara ini.

Kata beliau, musuh Islam terbabit akan mendakwa Islam yang dibawa melalui manhaj wahyu dan sirah an nabawiyah dianggap asing, lambat menang, tidak sesuai, konservatif dan sebagainya.

“Ini adalah antara tohmahan dan igauan berulang kepada perlaksanaan syariat yang diperjuangkan kini,” katanya dipercayai merujuk kepada tentangan Pakatan Harapan ke atas usaha PAS memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui pindaan akta.

Beliau turut memperingatkan musuh Islam terbabit cuba menyerap pemikiran rakyat bahawa arus gerakan Islam tanpa syariat sebagai relevan kononnya untuk diadaptasi dalam iklim politik moden.

“Sebagai pejuang dan pendakwah, jangan mengalah apa lagi berundur,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: islamNasrudin HassanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd