• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Hilir Perak Terima Lebih 200 Kes Tangkapan Ular Sejak Januari

oleh AK-47
27/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Sebanyak 211 laporan membabitkan kes tangkapan ular diterima Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Hilir Perak sejak Januari hingga hari ini.

Pegawai APM Daerah Hilir Perak, Mohd Fadzly Mohamad Zawawi berkata jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 13 kes berbanding tempoh sama tahun lepas yang merekodkan 224 kes.

Katanya kebanyakan kes tangkapan dibuat di kediaman dan ular tedung hitam serta ular rusuk kerbau adalah paling banyak ditangkap.

“Mac dan November merupakan dua tempoh kes tangkapan ular tertinggi direkodkan iaitu masing-masing 25 dan 27 kes.

“Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino yang melanda pada Mac dan musim hujan pada November menyebabkan ular mencari tempat perlindungan yang lebih selesa termasuk bangunan kediaman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kesedaran orang ramai mengenai tugas APM yang boleh membantu menangkap ular turut mempengaruhi peningkatan laporan kes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mohd Fadzly turut menasihati orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup semua lubang yang boleh memberi ruang kepada ular untuk masuk ke dalam rumah.

Beliau berkata selain membersihkan semak-samun di persekitaran rumah, orang ramai juga diingatkan tidak sesekali mengambil tindakan berisiko kepada diri dan keluarga jika terjumpa haiwan itu di dalam rumah. – BERNAMA

Tags: APMular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd