• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelik… Anak Khinzir Lahir Muka Macam Monyet

oleh AK-47
11/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEEKOR anak khinzir yang baru lahir di sebuah ladang di wilayah Guizhou, China mengalami kecacatan pada bahagian muka dan telinga menyebabkannya kelihatan seperti seekor anak monyet.

Menurut portal Shanghaiist, akibat kecacatan itu, anak khinzir berkenaan telah menarik perhatian penduduk sekitar untuk bertandang ke ladang Lin iaitu pemiliknya untuk melihat sendiri keganjilan tersebut.

Tambah laman itu, tidak dapat dipastikan punca kenapa anak khinzir itu boleh mengalami kecacatan sedemikian namun menurut pakar, mereka berpendapat ia berpunca daripada faktor pencemaran alam sekitar yang berlaku.

Anak Khinzir Cacat Lahir Muka Seperti Monyet

Anak Khinzir Cacat Lahir Muka Seperti Monyet

Kecacatan yang dialami menyebabkan  anak khinzir tersebut tidak mampu untuk menyusu sendiri dan Lin terpaksa menyusukannya menggunakan botol susu bayi.

Kejadian seumpama ini bukanlah yang pertama kali berlaku di pedalaman China. Jun lalu, seorang petani di Sichuan mendedahkan anak khinzir ternakannya mempunyai dua kepala dan tiga mata.

Manakala pada tahun lalu pula, seorang lelaki di Tianjin menjumpai seekor khinzir yang bermuka dua dan bertelinga tiga di sebuah tokong di bandar tersebut lalu memeliharanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cacatChinakhinzir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd