• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nak Terkenal, 6 Remaja Ditahan Persenda Solat

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana mahukan perhatian dan popular, enam remaja dari Jepara, Jawa Tengah Indonesia ini sanggup mempersendakan solat dengan memuat naik gambar sedang solat di atas motosikal di laman Facebook.

Gambar sekumpulan remaja beraksi seperti bersolat di atas jalan raya dan seorang lagi menjadi imam berdiri di atas dua motosikal itu mencetuskan kemarahan orang ramai.

Susulan itu, polis tempatan menjalankan siasatan terhadap gambar yang dimuat naik Isnin lalu dan berjaya menahan enam remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun.

Detiknews melaporkan, Ketua Polis Daerah Jepara, Samsu Arifin berkata, hasil laporan orang ramai, keenam-enam remaja berkenaan ditahan sehari selepas gambar tersebut menjadi viral di laman sosial.

“Semua mereka dari satu sekolah dan ditahan di kediaman masing-masing menyebabkan ibu bapa mereka terkejut,” katanya.

Menurutnya, ketika disoal siasat semua remaja itu mengaku sengaja memuat naik gambar berkenaan kerana mahu menarik perhatian penguna laman sosial sekaligus menjadi terkenal.

“Mereka mengaku hanya mahu terkenal dan tiada niat untuk mempersendakan agama kerana mereka sendiri beragama Islam.

“Orang ramai kini perlu tahu yang mereka ini tidak mempunyai tujuan jahat dan tidak perlu resah lagi,” katanya.

Menurutnya, semua remaja itu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil dan diminta datang semula ke ibu pejabat polis setiap Isnin dan Khamis untuk siasatan lanjut.

Polis juga menyita dua motosikal yang digunakan dalam gambar berkenaan sebagai bahan bukti. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan.

Tags: agama islamIndonesiasolat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd