• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,500 Orang Asli Dapat Lesen Motosikal Kelas B2 – JPJ

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seramai 1,500 Orang Asli berjaya mendapatkan lesen motosikal kelas B2 di seluruh negara sejak Januari hingga hari ini di bawah program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ).

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron berkata terbaru, seramai 351 Orang Asli berjaya mendapatkan lesen bagi kenderaan itu menerusi program sama yang diadakan di Padang Awam Pos Brooke di sini, hari ini.

“Kami beri keistimewaan kepada masyarakat Orang Asli ini yang peserta hanya perlu berusia 21 tahun ke atas dan dikenakan bayaran sebanyak RM160 sahaja. Selalunya bagi peserta bukan Orang Asli, mereka perlu berumur 40 tahun ke atas.

“Kami menyedari ramai dalam kalangan masyarakat itu sebelum ini menunggang motosikal tanpa lesen dan cuba mengelak anggota JPJ yang membuat sekatan di jalan raya,” katanya selepas merasmikan majlis berkenaan.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusof dan Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapa.

Nadzri berkata setakat ini JPJ mengadakan 249 siri program SKSJ di seluruh negara membabitkan 100,117 calon yang layak mendapat lesen itu.

“Di Kelantan sahaja 27 siri telah diadakan sepanjang tahun ini membabitkan 8,537 calon berjaya mendapat lesen kelas B2.

“Program ini akan terus diadakan pada setiap masa kerana ia mendapat penerimaan yang baik daripada masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Orang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd