Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Mengadap Sultan Johor...

JOHOR BAHARU - Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu...

Suami Ceraikan Isteri Sebab...

SEORANG suami dari Arab Saudi dilaporkan menceraikan isterinya kerana mesej WhatsApp tidak dibalas.Menurut...

David Beckham Sambut Birthday...

SEMALAM merupakan ulang tahun ke-40 buat bekas bintang bola sepak tersohor, David Beckham.Mencecah...

Dr. Najihatussalehah Calon PAS...

KUALA KANGSAR - Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr. Najihatussalehah Ahmad dinamakan sebagai...

137 Penduduk Pos Kemar Positif Malaria – KP Kesihatan

PUTRAJAYA – Seramai 137 penduduk dari 17 kampung di Pos Kemar, Hulu Perak dikesan positif malaria dalam pemeriksaan darah beramai-ramai (MBS) yang dijalankan sehingga Rabu lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 72 lelaki dan 65 perempuan termasuk 79 kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah yang kesemuanya positif malaria jenis Plasmodium vivax (P. vivax), kecuali satu kes Plasmodium falciparum.

“Selepas MBS dijalankan di kampung berkenaan, pemantauan berterusan akan dilakukan petugas kesihatan. Mana-mana individu yang mengalami demam perlu menjalani pemeriksaan darah untuk malaria,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya wabak malaria di Pos Kemar mula dilaporkan pada 16 Nov lepas apabila tiga orang penduduk didapati positif oleh kakitangan kesihatan di lapangan untuk jangkitan malaria jenis P. vivax selepas mereka mengadu mengalami demam berpanjangan.

Sebelum ini, Pos Kemar telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas malaria (kawasan hijau) memandangkan tiada kes malaria dilaporkan di kawasan itu sejak lebih dari tiga tahun lepas.

Dr Noor Hisham berkata selain MBS, aktiviti-aktiviti kawalan lain telah dipertingkatkan di kampung terlibat.

Sehingga Rabu lepas, katanya sebanyak 724 rumah (100 peratus) di kawasan Pos Kemar telah disembur dengan racun pembunuh nyamuk, dan kesemua penduduknya telah dibekalkan dengan kelambu berubat.

“Aktiviti kawalan turut diperkukuhkan melalui aktiviti larvaciding bagi mencegah pembiakan nyamuk Anopheles di Pos Kemar,” katanya.

Selaras dengan Pelan Strategik Eliminasi Malaria, katanya aktiviti MBS akan diulangi semula selepas sebulan dari tarikh MBS pertama bagi memastikan kes baharu berjaya dikesan dan seterusnya mengekang menyebaran jangkitan malaria secara berleluasa.


“MBS kedua akan bermula 27 Dis di kampung yang melaporkan kadar insiden malaria melebihi satu peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata di kampung lain, aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) akan turut dilaksanakan.

Bagi aktiviti ACD, katanya kakitangan kesihatan akan melawat kampung berkenaan dan hanya mereka yang menunjukkan gejala demam akan diambil contoh darah.

“Pihak Kementerian Kesihatan menjangkakan jumlah kes yang dikesan akan berkurangan di pusingan MBS kedua ini,” katanya.

Beliau berkata wabak semasa yang berlaku di Pos Kemar adalah kerana parasit malaria dibawa masuk oleh pesakit dari luar kawasan dengan risiko utama adalah melalui kemasukan pekerja asing ke kawasan ini.

Sehubungan itu, katanya menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja asing yang diambil bekerja telah disaring bagi mengesan jangkitan malaria bagi mengelakkan pekerja asing ini menjadi punca jangkitan dalam kalangan masyarakat tempatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori