Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Bajet 2018: Pelbagaikan Infrastruktur...

SIK - Bajet 2018 yang bakal dibentangkan 27 Okt ini, diharap akan turut...

Ribut Petir Di 10...

PETALING JAYA – Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

“Bukan Tidak Lagi Minat...

PELAKON dan pengacara, Awal Ashaari akui dia masih menerima pelbagai tawaran berlakon walaupun...

Tadbir Urus Korporat Yang...

KUALA LUMPUR - Pematuhan kepada tadbir urus korporat yang baik berupaya mencegah salah...

1,100 Penduduk K.Terengganu Tuntut Penjelasan PBT

KUALA TERENGGANU – Kira-kira 1,100 penduduk tiga taman perumahan di Jalan Terkukur, dekat sini meminta pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) segera menangani masalah banjir kilat di kawasan mereka.

Ia susulan kejadian banjir kilat pada 29 Nov dan dua hari kemudiannya, di kawasan perumahan Taman Dalya, Taman Alamanda 1 dan 2 dan Taman Seri Intan selepas hujan lebat lebih 10 jam melanda kawasan itu.

Kejadian itu amat mengejutkan penduduk yang terjejas kerana difahamkan kawasan itu sudah lapan tahun tidak dinaiki air hingga menyebabkan penduduk mengalami kerugian selepas peralatan elektrik dan kenderaan rosak akibat bencana itu.

Pengerusi KRT Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki menyeru pihak yang berkenaan untuk mengambil langkah segera bagi menangani kejadian banjir itu terutama langkah jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

“Segelintir warga tua trauma dan mereka tak dapat tidur nyenyak memikirkan air akan naik. Begitu juga mereka yang hendak meninggalkan rumah untuk menghadiri majlis kahwin atau bercuti terpaksa membatalkan rancangan mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

Badrol Hisham berkata KRT Jalan Sultan Omar telah mewujudkan satu pasukan khas dalam kalangan penduduk taman perumahan tersebut khususnya golongan muda yang akan mengejutkan penduduk dan membantu menyelamatkan harta benda sekiranya banjir kilat berulang.

Sementara itu seorang pesara kerajaan, Nor Zaidi Mohamed, 56, menuntut penjelasan daripada pihak berkuasa tempatan terutamanya MBKT dan Jabatan Pengairan dan Saliran, mengapa situasi berkenaan tetap berlaku walaupun inisiatif bagi menangani kejadian banjir kilat seperti pembinaan longkang monsun telah siap dua tahun lepas.


“Setiap tahun kita memang maklum apabila tiba musim monsun, hujan akan turun dengan lebat lebih dari hari kebiasaan. Namun demikian kalau saya perhatikan tahun lepas hujan turun lagi lebat dan tempoh lagi lama tapi tidak berlaku banjir pun.

“Tahun ini hujan turun lebat, hanya setengah jam air dah naik ke paras betis. Ini situasi yang tak dapat kita jangkakan kerana sebelum ini air tidak pernah naik setinggi dan sepantas itu,” katanya.

Ditanya sama ada pihak MBKT ada menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap kawasan saliran dan longkang monsun sebelum atau selepas kejadian banjir kilat, Nor Zaidi berkata mereka hanya datang membersihkan kawasan longkang selepas dua hari.

“Itu pun selepas mereka dipanggil untuk melakukan kerja-kerja pembersihan oleh penduduk kawasan ini dan seingat saya itu kali pertama mereka datang selepas melakukan penyelenggaraan longkang monsun di kawasan ini dua tahun lepas,” katanya.

Hujan lebat dalam tempoh lebih 10 jam pada 29 Nov lalu menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini terutama di pusat bandar terjejas akibat banjir kilat yang dipercayai berpunca daripada masalah perparitan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori