• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Malaysia Ditahan Bawa Dadah Dalam Botol Mineral

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Polis Indonesia berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan menggunakan air dalam botol mineral.

Modus operandi sindiket itu terbongkar apabila pihak berkuasa menahan lima anggota sindiket terbabit termasuk seorang wanita warganegara Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 13 dan 14 Oktober lepas.

Media dalam talian hari ini memetik Timbalan Ketua Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Risnanto sebagai berkata pihak kastam di lapangan terbang pada mulanya menahan seorang wanita rakyat Malaysia pada 13 Oktober lepas apabila mendapati dia dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, setelah membuat pemeriksaan bagasi milik wanita itu, pihak kastam merampas dua botol air mineral yang dikemaskan dalam sebuah kotak dan hasil ujian terhadap air itu mendapati ia mengandungi 3.160 kilogram (kg) metamfetamin.

Susulan penahanan wanita Malaysia itu, keesokan harinya, polis dan kastam menahan dua wanita rakyat Indonesia yang baru mendarat dari Hong Kong di lapangan terbang sama serta merampas 12 botol mineral yang juga dikemaskan dalam bentuk kotak sama.

Hasil ujian mendapati air dalam 12 botol mineral itu mengandungi cairan metamfetamin seberat 18.9 kg.

Setiap satu botol air mineral yan dirampas itu berukuran 1.5 liter dan jika kesemua 14 botol cairan metamfetamin itu dipanaskan ia berubah menjadi serbuk sabu seberat lebih 22 kg.

Risnanto berkata ekoran penangkapan itu, polis kemudiannya menahan dua lagi anggota sindiket iaitu seorang rakyat Pakistan dan seorang rakyat tempatan yang berperanan sebagai penerima dan pengendali barang di lapangan terbang itu.

Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa mengikut Pidana Undang-undang Dadah yang membawa hukuman mati.

Pada Jumaat lepas, dua lelaki rakyat Malaysia iaitu seorang pelajar universiti, 22, dan seorang pegawai sukan, 36, ditahan di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali setelah didapati membawa lebih 100 biji pelbagai dadah jenis sintetik dan lebih 70 gram ganja.

Kerajaan Indonesia kini memerangi habis-habisan pengedaran dadah setelah Presiden Joko Widodo mengisytiharkan Indonesia sebagai darurat dadah. – BERNAMA

Tags: Wanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd