• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Adakan Pengebumian Olok-Olok

oleh Ahmad Albab
07/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA 14 tahun, Vera Lucia da Silva bercita-cita untuk mengadakan upacara pengebumiannya sendiri ketika dia masih hidup. Kini pada usia 44 tahun, impiannya itu tercapai apabila rakan-rakan dan keluarganya berkabung untuk Vera.

Pengebumian palsiu itu diadakan di Camocim, Brazil. Meskipun ramai yang membantah idea berkenaan, namun keluarga dan rakan-rakan Vera tetap mengunjunginya bagi memberikan sokongan.

“Ramai yang tidak dapat menahan ketawa dalam upacara pengebumian palsu ini. Untuk memastikan impian saya tercapai, saya telah meminta supaya keranda saya dihiasi dengan renda.

“Kemudian saya meminta mereka untuk mengangkat keranda itu beberapa minit seolah-olah mereka membawa saya ke tempat pengebumian,’’ kata Vera yang masih belum bersedia untuk mati lagi.

Wanita Adakan Pengebumian Olok-Olok

Malah pemilik rumah mayat, Paulo Araujo menyumbangkan keranda dan ruang khas untuk Vera untuk membolehkan upacara pengebumian olok-olok itu diadakan.

Vera yang telah berkahwin namun tidak mempunyai anak itu memberitahu dia mahu meraikan impiannya itu yang selama ini dianggapnya tidak akan tercapai.

Dia mahu impian itu dilaksanakan sebelum dia meninggal dunia.

“Saya mahu mengadakan pengebumian sendiri sejak 14 tahun lalu. Saya menunggu sekian lama dan tidak percaya akhirnya impian itu tercapai. Apabila saya menjemput keluarga dan rakan-rakan, mereka menganggap ia sebagai gurauan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Paulo berkata, Vera telah memujuknya selama lima tahun namun dia sering membantah ketika itu.

“Suaminya juga langsung tidak gembira dengan idea berkenaan dan cuba menghalangnya sebelum ini namun kali ini dia berjaya meyakinkan keluarganya untuk bersetuju dengan idea berkenaan,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kuburWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd