• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kenaikan Tol Tahun Ini Dan Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kenaikan tol bagi 12 konsesi lebuh raya pada tahun ini dan tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata terdapat lapan lebuh raya yang berhak menerima kenaikan tol pada tahun ini dan empat lagi pada tahun depan.

“Jemaah Menteri pada 12 Okt 2016 lalu telah bersetuju memutuskan untuk menangguhkan cadangan pelarasan kadar tol bagi tahun 2016 dan 2017.

“Ini bermakna tidak akan ada kenaikan tol untuk tahun ini dan tahun depan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Fadillah berkata lapan lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB).

Dilaporkan, lapan lebuh raya itu berhak menaikkan kadar tol dan jumlah pampasan dianggarkan sebanyak RM593 juta perlu dibayar kerajaan jika tidak membenarkan kenaikan itu.

Empat lebuh raya yang sepatutnya menerima kenaikan tol pada tahun depan ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE); dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Anggaran jumlah pampasan bagi empat lebuh raya itu bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM59.77 juta.

Sementara itu, mengulas persoalan bagi meningkatkan penggunaan Sistem Binaan Industri (IBS) dalam industri pembinaan negara ini, beliau berkata kementerian melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melancarkan Transformasi Industri Binaan 2016-2020.

“Inisiatif itu antara lain untuk mengadakan konsultasi dengan pihak industri pembinaan mengenai pelaksanaan IBS di negara ini.

“Hasil perbincangan ini, pihak industri pembinaan setuju untuk menggunakan kaedah IBS dalam pelaksanaa projek mereka mulai tahun depan (2017),” katanya.

Beliau berkata ini bermakna nilai skor IBS akan ditetapkan sebagai satu syarat wajib dalam memberi kelulusan perintah pembangunan oleh pihak berkuasa tempatan. – BERNAMA

Tags: Tol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd