• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Bakal Peruntuk Subsidi Haji Lebih Tinggi Tahun 2017

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) bakal memperuntukkan jumlah subsidi yang lebih tinggi untuk musim haji tahun hadapan bagi mengurangkan kos haji yang dijangka semakin meningkat.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Johan Abdullah berkata faktor-faktor pemboleh ubah seperti peningkatan dalam harga tambang penerbangan, penginapan jemaah haji dan juga perubahan harga mata wang perlu di ambil kira dalam menentukan kos haji, seterusnya menetapkan jumlah subsidi.

“Saban tahun (kos haji) akan meningkat. Harga bagi tahun 2017 tidak akan sama dengan harga tahun 2016.

“Kita masih belum kira lagi kos haji bagi 2017, tetapi saya anggarkan ada sedikit peningkatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Iqra’ yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Terdahulu, Jamil Khir, dalam ucapannya berkata TH telah menanggung kos haji lebih RM160 juta untuk musim haji baru-baru ini bagi memastikan bayaran haji para jemaah kekal pada RM9,980 seorang.

Subsidi tersebut membolehkan jemaah Haji Muassasah terus menikmati segala kemudahan yang disediakan dengan selesa walaupun kos haji adalah tinggi iaitu RM18,890 seorang bagi musim ini. – BERNAMA

Tags: HajiTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd