• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Amaran Tsunami Malaysia Berkesan

oleh Ahmad Albab
05/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai sistem dan kelengkapan yang cukup baik untuk mengesan kejadian gempa bumi dan tsunami demi keselamatan rakyat negara ini.

Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Madius Tangau berkata, Malaysia menggunakan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang menyediakan sistem amaran awal tsunami dengan berkesan.

“SAATNM berperanan untuk mengesan gempa bumi yang berlaku di rantau ini dan seterusnya mengeluarkan maklumat gempa bumi tersebut serta nasihat dan amaran jika ia berpotensi menjana ombak tsunami.

“MOSTI melalui agensi pelaksananya iaitu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) diberikan tanggungjawab menyedia dan menyelaraskan sistem ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Madius menerangkan, penyebaran maklumat gempa bumi dan nasihat serta amaran awal tsunami di Malaysia dapat dilakukan dalam masa lapan minit selepas kejadian gempa bumi dikesan pada waktu ini.

Bagaimanapun, katanya, MetMalaysia sedang melaksanakan projek perluasan rangkaian seismik bagi memantapkan keupayaan pengesanan aktiviti gempa bumi yang melibatkan penambahan 15 stesen seismik di seluruh nSabah.

“Di samping itu, Sub-Pusat Pemantauan Gempa Bumi telah ditubuhkan di Pejabat Meteorologi Sabah bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan kejadian gempa bumi kepada orang awam di negeri Sabah,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu satu latihan amal mempersiapkan para penduduk setempat supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman bencana tsunami diadakan di Putatan, Sabah hari ini. – mynewshub.cc

Tags: MalaysiaTsunami
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd