• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puak Orang Asli Temiar Diberi Kata Dua

oleh Ahmad Albab
12/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jabatan Perhutanan Kelantan memberi kata dua kepada puak orang asli Temiar untuk menghentikan sekatan di Gua Musang selepas konflik tersebut berlanjutan selama lebih lima minggu.

Menerusi notis yang bertarikh 6 November 2016, jabatan terbabit mengeluarkan arahan kepada kumpulan aktivis yang menyokong puak Temiar agar mengosongkan kawasan sekatan dalam tempoh dua minggu.

Amaran turut diberikan kepada individu yang terlibat dalam bantahan itu dengan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993).

“Sehubungaan itu, tuan/puan diberikan tempoh 14 hari untuk mengosongkan premis (kawasan) dan aktiviti di Bahagian 245 di kawasan hutan simpan Balah,” jelas notis itu.

Tempoh notis berkenaan akan tamat pada 20 November ini dan sekiranya orang asli tidak mengikut arahan tersebut, Jabatan Perhutanan akan bertindak memusnahkan sekatan itu.

Notis itu bukan sahaja meminta kumpulan orang asli itu mengosongkan kawasan sekatan tetapi mana-mana hutan simpan kekal di Kelantan tanpa kebenaran Jabatan Perhutanan Kelantan.

“Jabatan Perhutanan Kelantan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian harta ketika operasi merobohkan sekatan dijalankan dan tiada ganti rugi akan diberikan,” jelas notis itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat dalam sekatan itu memandangkan jabatan berkenaan tidak mengendahkan pergerakan keluar masuk orang asli di kawasan hutan simpan walaupun mereka tidak memiliki surat kebenaran. – mStar Online

Tags: Orang AsliPembalakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

Lebih 20,000 Orang Asli Di 60 Kampung Sebahagian Keluarga Besar Bangsa Johor

08/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Lebih 20,000 masyarakat Orang Asli yang mendiami 60 kampung di negeri ini merupakan sebahagian daripada keluarga besar...

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd