• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Lelaki Kes Bunuh Rakyat Malaysia

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Polis di Medan semalam menahan dua lelaki rakyat tempatan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang rakyat Malaysia di Serdang Bedagai, kira-kira 40 kilometer dari Kota Medan dua minggu lepas.

Media-media dalam talian hari ini memetik Ketua Polis Serdang Bedagai, Eko Suprihanto sebagai berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di sekitar daerah Batubara, kira-kira 140 kilometer dari kota Medan.

“Kita telah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang warganegara Malaysia, Mohamad Ladzim Abdullah, dan mereka didapati mempunyai hubungan perniagaan,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati Mohamad Ladzim, 65, mati akibat dicekik dengan tali pinggang dalam sebuah van milik seorang daripada suspek dan mayatnya dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan pendalaman di Desa Liberia, Teluk Mengkudu di Serdang Bedagai.

Pada 16 November lepas, polis menemui mayat Mohamad Ladzim tanpa dokumen peribadi tetapi identiti mayat akhirnya dikesan melalui cebisan tiket Penerbangan Malaysia yang ditemui dalam poket seluar mangsa.

Polis mendapatkan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Allahyarham yang berasal dari Selangor disahkan memasuki kota Medan menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu pada 14 November.

Eko berkata, kedua-dua lelaki berusia 41 dan 25 tahun terbabit akan disiasat di bawah Pasal 338 Kanun Undang-undang Hukum Pidana dan jika bersabit kesalahan boleh dihukum maksimum 15 tahun penjara. – BERNAMA

Tags: Indonesiakes bunuhrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd