• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Siasat Dakwaan Terdapat Sindiket Jual Soalan SPM

oleh AK-47
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Kementerian Pendidikan meminta pihak berkuasa agar melakukan siasatan segera dan terperinci berhubung dakwaan sebuah akhbar berbahasa Cina terdapat sindiket yang menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata laporan polis akan dibuat petang ini oleh Lembaga Peperiksaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak berwajib.

Beliau berkata pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan jika laporannya terbukti palsu.

Semalam akhbar tersebut turut melapor sindiket itu didalang pegawai tinggi Kementerian Pendidikan.

“Ini suatu perkara serius yang didakwa kumpulan tertentu dan setakat ini kita belum mengenal pasti mereka yang terlibat dan saya meminta pihak polis buat siasatan penuh bagi membolehkan kita mendakwa mereka yang membuat tohmahan itu.

“Setakat ini memang tiada (sindiket seperti didakwa),” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam di Sitiawan hari ini. – BERNAMA

Tags: SPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukup-cukuplah. Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) diiktiraf,” kata pemilik akaun media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd