• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peperiksaan SPM Bermula Libat 434,535 Calon

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelajar tingkatan lima sekolah menengah di seluruh negara mula menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 hari ini.

Bahasa Melayu Kertas 1 membuka tirai peperiksaan penting itu yang berlangsung sehingga 6 Disember melibatkan 434,535 calon berdaftar itu.

Kementerian Pendidikan berkata 3,732 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara dan 32,220 petugas peperiksaan dilantik untuk mengendalikannya.

Ibu bapa dan guru serta wakil Jabatan Pendidikan negeri dilihat memberi kata-kata semangat kepada calon SPM sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan dengan diiringi bacaan doa.

Sebanyak 377,194 calon SPM 2016 atau 86.8 peratus merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, menurut kenyataan kementerian sebelum ini.

Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains MARA adalah sebanyak 9,094 orang atau 2.1 peratus.

Sebanyak 7,931 calon (1.8 peratus) adalah calon sekolah menengah agama negeri, calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian ialah sebanyak 12,847 (tiga peratus), calon persendirian 25,713 (5.9 peratus) manakala calon sekolah menengah agama rakyat sebanyak 1,756 (0.3 peratus). – BERNAMA

Tags: peperiksaanSPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd