• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Syarikat Pakaian Didakwa Tipu Lebih RM450,000

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik syarikat pakaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan menipu urusan jual beli pakaian melibatkan kerugian lebih RM450,000 tiga tahun lalu.

Lew Chun Siong, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Bagi semua pertuduhan itu, Lew didakwa memperdayakan Chew Chee Kin, 54, dalam urusan tempahan dan penerimaan barangan seperti yang dinyatakan di dalam invois dan pesanan penghantaran.

Tindakan itu telah menyebabkan Chew menyerahkan tujuh keping cek bagi setiap invois berbeza yang bernilai keseluruhan RM496,230.10 kepada tertuduh yang beliau tidak akan menyerahkan cek tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Lew didakwa melakukan kesalahan itu di Quick Silk Sdn Bhd, No 5-2, Jalan 3/62A, Bandar Menjalara di sini antara 24 September 2013 hingga 2 Januari 2014 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim menawarkan jaminan RM50,000 untuk kesemua pertuduhan manakala tertuduh yang diwakili peguam CY Low memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga.

Azman membenarkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri ke balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 1 Disember untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes tipusyarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak  RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

22/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada...

Misteri Bagasi Berisi RM500,000

MPBP Batal Lesen Operasi Syarikat Edar Stoking Kalimah Allah

21/03/2024
0

Batu Pahat: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terpalit dengan kontroversi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd