• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Islam Berhimpun Aman Sokong Usul RUU 355

oleh Ahmad Albab
24/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berkumpul di depan Parlimen pada Khamis untuk menyatakan sokongan Usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya yang menyertai perhimpunan itu, menggesa semua anggota Parlimen beragama Islam untuk menyokong usaha Abdul Hadi tersebut bagi meminda kuasa Mahkamah Syariah.

“Kami mahu anggota Parlimen terutamanya yang beragama Islam bahawa rakyat menyokong mereka.

“Jika mereka tidak menyokong RUU 355, kami akan mengenalpasti mereka dan tidak menyokong mereka pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika berucap di depan Parlimen.

Kumpulan terbabit turut berzikir dan bertakbir setiap kali kereta memasuki pintu masuk Parlimen.

Aminuddin berkata, RUU 355 mesti disokong oleh semua pihak dan usul itu bukanya hukum hudud seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Kami mahu menjelaskan bahawa undang-undang tersebut ditujukan khas buat orang Islam dan mengangkat kedudukan Mahkamah Syariah.

“Orang bukan Islam perlu faham bahawa kedudukan mereka tidak akan tergugat,” katanya. – mStar Online

Tags: islamMahkamah SyariahNGORUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” –  Sheikh Umar

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” – Sheikh Umar

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa DAP adalah sebuah parti politik yang menyokong Perlembagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd