• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tegaskan Hanya Peti Undi Dapat Tentukan Nasibnya

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan gentar dengan protes jalanan yang menuntut beliau meletak jawatan, dan hanya peti undi dapat menentukan nasibnya.

Merujuk kepada demonstrasi yang dirancang oleh Bersih di Kuala Lumpur pada Sabtu, perdana menteri berkata, kehendak rakyat akan diputuskan apabila pilihan raya umum diadakan.

Sebarang percubaan lain untuk menggulingkan kerajaan sebelum pilihan raya adalah tidak mengikut perlembagaan, tegas beliau.

Najib menggesa kedaulatan undang-undang diguna pakai, menyatakan bahawa demonstrasi jalanan hanya akan membawa kepada huru-hara di negara ini.

“Kita telah melihat perkara ini berlaku di banyak negara. Walaupun Arab Spring dikatakan sebagai era perubahan, tetapi ia sebaliknya menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat di negara berkenaan.

“Oleh itu, masa terbaik untuk membuat keputusan adalah apabila tiba masanya, ” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan mengenai lawatan beliau ke Jepun.

Arab Spring adalah satu siri protes anti-kerajaan, kebangkitan dan pemberontakan bersenjata yang tersebar di Timur Tengah pada awal tahun 2011.

Najib ditanya mengenai pandangan beliau berhubung ketegangan yang semakin meningkat antara kumpulan Bersih dan kumpulan Baju Merah.

Kebimbangan semakin meningkat apabila penyokong Bersih dan kumpulan pro-kerajaan, Baju Merah berkemungkinan besar bertembung pada perhimpunan itu, dengan polis memberi amaran tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kekecohan.

Mengenai penglibatan kumpulan Baju Merah untuk menentang Bersih, Najib berkata:

“Jika satu ada pihak mahu memprotes, pihak yang mahu mempertahankan kerajaan berasa terpanggil untuk keluar.”

Tetapi Najib berkata beliau tidak mahukan sebarang pertembungan fizikal antara dua kumpulan tersebut.

“Mereka perlu bertindak mengikut undang-undang dan mematuhi apa sahaja arahan polis.

“Jelas sekali, saya tidak boleh menjamin apa-apa. Keputusan saya adalah seseorang itu perlu sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak menimbulkan kekacauan dan huru-hara.

“Ia (demonstrasi jalanan) bukan sesuatu yang baik untuk kita dan itu bukan budaya yang diterima di negara kita, ” katanya. – mStar Online

Tags: Najib Tun RazakPRU14rakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd