• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naik Taraf Parit Utama Syarat Projek Pembangunan Baharu

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Setiap pemaju projek pembangunan yang baharu di bandar raya ini akan dikenakan syarat untuk menaik taraf parit utama di kawasan pembangunan mereka bagi menangani masalah banjir kilat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata langkah itu mengikut pelan induk ‘Kajian mengenai Tebatan Banjir dan Saliran di Pulau Pinang’ yang digariskan oleh Japan International Corporation Agency.

“Bagi projek pembangunan baharu di luar kawasan George Town pula, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengenakan syarat kepada pemaju untuk menaik taraf sistem saliran yang terlibat dengan pembangunannya mengikut panduan Manual Saliran Mesra Alam Malaysia (MSMA), Pelan Induk Saliran dan Pengurusan Air Ribut Daerah Barat Daya atau kajian-kajian tebatan banjir yang telah dijalankan untuk kawasan-kawasan tertentu.

“Antara pendekatan utama lain yang diambil kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir ialah melalui operasi pembersihan parit utama yang bermasalah secara mekanikal dengan menggunakan kemudahan jentera pembersihan secara berkala,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Zain Ahmad (BN-Penaga) yang mahu tahu apakah langkah-langkah diambil kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di negeri ini.

Chow berkata selain kerja-kerja naik taraf parit serta pintu air dan membina Rumah Pam Kawalan Banjir di taman perumahan yang menghadapi masalah banjir, pihak berkuasa tempatan juga melaksanakan pembersihan parit besar, perangkap sampah dan parit scupper secara berkala.

Katanya satu skuad pemantauan dan tindakan operasi bencana juga ditubuhkan untuk menyelaras mekanisme dan mengenal pasti punca kejadian banjir dan bertindak serta membantu dalam merancang langkah-langkah pemulihan dari segi teknikal dan operasi pembersihan. – BERNAMA

Tags: banjir kilatKerajaan Pulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO ‘Gunting Dalam Selimut’ – Lim Guan Eng

UMNO ‘Gunting Dalam Selimut’ – Lim Guan Eng

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan UMNO Pulau Pinang sebagai 'gunting dalam selimut' susulan kenyataan Ahli Majlis...

Pulau Pinang Pun Pernah Minta Pulangkan Hasil Cukai 20%, PH Banyak Makan Semut?

Pulau Pinang Pun Pernah Minta Pulangkan Hasil Cukai 20%, PH Banyak Makan Semut?

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pelakon yang juga aktivis politik Barisan Nasional (BN), Shahrol Shiro menyindir Pakatan Harapan (PH) 'banyak makan semut'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd