• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minum Susu Mentah Boleh Tingkat Risiko Jangkitan Penyakit

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak meminum susu mentah seperti susu lembu dan kambing tanpa perlakuan haba kerana ia meningkatkan risiko jangkitan penyakit seperti ‘bovine tuberculosis’ dan ‘brucellosis’.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata susu mentah tanpa perlakuan haba seperti pendidihan dan pempasteuran boleh mengandungi bakteria berbahaya seperti mycobacterium bovis dan brucella.

“Di samping itu, meminum susu unta mentah tanpa perlakuan haba disyaki menjadi punca jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) dalam beberapa kes kerana susu mentah itu berkemungkinan mengandungi virus MERS-CoV. Penyakit-penyakit ini boleh membawa maut,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang membeli susu mentah, digesa supaya mendidihkan susu berkenaan terlebih dahulu sebelum meminumnya.

Beliau berkata demikian susulan maklumat diterima kementerian mengenai pihak tertentu mempromosikan susu mentah yang tidak dikenakan perlakuan haba dengan menyatakan kawalan rantaian sejuk adalah dikekalkan dan susu itu adalah selamat untuk diminum terus.

Dr. Noor Hisham berkata penjualan susu mentah tanpa perlakuan haba adalah satu kesalahan di bawah peraturan 51(1A), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Disember ini.

“Sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun,” katanya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang di moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

Tags: kesihatansusu mentah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd