• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Serangan Terhadap Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia, yang mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Arab Saudi, telah menyatakan harapan agar pelaku terbabit dibawa ke muka pengadilan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam kenyataan malam ini, berkata serangan itu secara terus terang melanggar kedaulatan kerajaan Arab Saudi dan merupakan satu ancaman terhadap keamanan dan keselamatan serantau serta global.

“Dalam hal ini, Malaysia tegas dalam soal perpaduan dengan Arab Saudi.Makkah adalah tempat paling suci bagi umat Islam.

“Tindakan agresif itu jelas tidak menghormati kesucian tempat suci berkenaan. Ia amat dikesali dan bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam,” katanya dalam satu kenyataan pada Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar di Arab Saudi pada Khamis.

Pada 27 Okt lepas, tentera gabungan Arab yang berperang di Yaman berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan pemberontak Houthi kira-kira 65 kilometer dari kota suci Makkah.

Pemberontak Houthi juga melancarkan serangan yang serupa di lokasi pangkalan udara Arab Saudi di Taif pada 10 Okt.

“Walaupun tiada mangsa terkorban dilaporkan daripada serangan itu, insiden ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan isu penting mengenai keselamatan Tanah Suci yang menimbulkan kebimbangan kepada umat Islam.

Semasa mesyuarat itu, Anifah juga menyatakan sokongan Malaysia bagi pencalonan Dr Yusuf Ahmed Al-Othaimeen sebagai Setiausaha Agung baharu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Malaysia juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Iyad Ameen Madani atas sumbangan beliau kepada organisasi itu semasa memegang jawatan setiausaha agung badan itu. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

25/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama politik, perundangan dan keselamatan serantau bagi memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang...

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan rundingan perjanjian perdagangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd