• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 90,000 Kes Denggi Dilaporkan Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebanyak 92,891 kes denggi membabitkan 214 kematian direkodkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga November tahun ini, berbanding 106,757 kes dan 293 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata situasi itu menunjukkan trend penurunan 13 peratus atau 13,866 kes denggi.

“Negeri Selangor merupakan penyumbang utama kepada kes denggi iaitu 51.3 peratus atau 47,257 kes daripada jumlah kes keseluruhan,” katanya.

Dr Hilmi berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes peringkat Negeri Selangor di Gugusan Tanjung, Kota Damansara, hari ini.

Katanya Gugusan Tanjung, Seksyen 6 Kota Damansara itu dipilih kerana ia merupakan lokaliti hotspot dengan jumlah 51 kes denggi dicatatkan dalam tempoh berkenaan tahun ini berbanding tiga kes pada tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan kes di kawasan ini perlu dibendung dengan segera memandangkan masalah utama adalah pembuangan sampah di persekitaran dan longkang tersumbat menjadi punca pembiakan Aedes,” katanya.

Sebanyak RM16.5 juta diperuntukkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam membendung kes demam denggi dan melaksanakan program ‘Jelajah Negeri Selangor; Inikan Rumah Kita’ di seluruh negeri ini, kata Dr Hilmi.

Seramai 200 peserta terlibat dalam program berkenaan bagi menjayakan gotong-royong dengan penglibatan pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan lain-lain agensi. – BERNAMA

Tags: denggikesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

Tahap Kesihatan Najib Dalam Keadaan Baik

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Tahap kesihatan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd