• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 20,000 PATI Dihantar Pulang Sejak Januari – MKN

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Seramai 450 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke Zamboanga, Filipina dengan menaiki feri dari Pelabuhan Sandakan, semalam.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, seramai 254 PATI adalah lelaki dewasa, 112 wanita dewasa serta 84 kanak-kanak lelaki dan perempuan, yang kesemuanya berusia antara setahun dan 66 tahun.

Mereka terdiri daripada 300 PATI dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Papar dan 150 lagi dari PTS Sibuga Sandakan.

“Sejak Januari lepas sehingga hari ini, seramai 20,026 PATI dihantar pulang ke negara mereka dari negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya sejak 1990 sehingga semalam, seramai 549,997 PATI telah diusir dan pulang secara sukarela ke negara mereka dari Sabah.

Rodzi berkata langkah itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri yang amat serius bagi menangani isu kesesakan PATI di PTS negeri ini.

“Semua pihak khususnya majikan dan orang awam harus memberikan kerjasama kepada penguat kuasa dengan menyampaikan maklumat mengenai kehadiran PATI dan mengelak daripada menggaji atau melindungi PATI,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rodzi berkata seramai 59 PATI terdiri daripada 41 warga Filipina dan 18 warga Indonesia ditahan dalam Operasi Bersepadu MKN Sabah yang bermula pada 1 pagi hingga 9 malam di Keningau, Khamis lepas.

Menurutnya seramai 188 individu yang disyaki PATI diperiksa oleh pasukan operasi terdiri daripada pelbagai agensi.

Beliau berkata kesemua PATI yang ditahan dibawa ke PTS Papar sementara menunggu keputusan siasatan lanjut dan proses pengusiran. – BERNAMA

Tags: MKNPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas MKN Bincang Potensi Ancaman Keselamatan Global – PMX Anwar

Mesyuarat Khas MKN Bincang Potensi Ancaman Keselamatan Global – PMX Anwar

03/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan mengadakan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam bagi...

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

Aplikasi TuJu Catat Lebih 700,000 Muat Turun Sejak Semalam – MKN

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Aplikasi navigasi tempatan TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mencatatkan lebih 700,000 muat turun sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd