• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Polis Secara Online Tidak Lama Lagi

oleh AK-47
10/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal memperkenalkan sistem aduan atas talian bagi memudahkan orang ramai membuat aduan berkaitan jenayah.

Rancangan itu diumumkan Timbalan Menteri Dalam Negera, Datuk Nur Jazlan Mohamed di Parlimen hari ini di mana kementerian dalam negeri kini sedang mengkaji projek perintis mengenainya.

Projek yang dilaksanakan di bawah inisatif memodenkan profesion polis ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat laporan atau aduan tanpa hadir ke balai polis.

“PDRM akan memperkenalkan sistem pengaduan atau laporan polis secara berpusat iaitu police reporting system di seluruh negara yang berasaskan laman sesawang dan juga mempunyai pangkalan data di Bukit Aman.

“Pengadu mungkin tidak perlu datang ke balai polis lagi untuk buat laporan, sebaliknya mereka boleh menggunakan telefon bimbit dan komputer dari rumah untuk melakukannya.

“Perbincangan kini sedang dilakukan di antara pejabat Peguam Negara dan pihak PDRM dan berkemungkinan besar, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” kata ahli Parlimen Pulai itu.

Bagaimanapun, Nur Jazlan menekankan salah satu daripada halangan bagi pelaksanaan membuat laporan polis dalam talian adalah mendapat tandatangan mangsa atau pengadu.

“Masalahnya ialah, bagaimana kita mahu memastikan tandatangan terhadap setiap laporan itu,” kata Nur Jazlan sambil menambah satu penyelesaian yang ditawarkan adalah untuk membolehkan tandatangan digital pada laporan.

“Kalau guna kertas memang lebih mudah dengan guna pen, tetapi kalau atas talian, satu mekanisma perlu dibentuk untuk pengadu menurunkan tandatangan bagi memastikan laporan tersebut sahih mengikut undang-undang sedia ada,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: laporan polisPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd