• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Cadang Kelantan Rizabkan Sebahagian Tanah Orang Asli

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kerajaan Kelantan mewartakan sebahagian daripada tanah yang digunakan Orang Asli di kawasan parlimennya untuk masyarakat itu.

Beliau berkata ketika ini masalah timbul kerana Orang Asli menganggap kawasan yang didiami mereka adalah tanah tradisi milik mereka.

“Orang Asli bergantung kepada kawasannya dan anggap ia adalah tanah tradisi milik mereka. Tapi mereka tidak sedar di Kelantan tidak ada tanah rizab Orang Asli, tidak seperti di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.

“Saya sanggup campur tangan berunding dengan kerajaan negeri…kalau boleh sebahagian tanah yang diguna (Orang Asli) dirizab agar ia tidak dicerobohi oleh sesiapa termasuk pembalak kerana ada tanah yang luas lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Visi Tunku Abdul Rahman untuk Keamanan dan Kemakmuran di Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh mengulas insiden sekumpulan Orang Asli yang menyekat laluan lori balak di Pos Gob, Gua Musang baru-baru ini kerana mendakwa kampung mereka diceroboh dengan kegiatan pembalakan hingga menjejaskan kehidupan dan sumber pendapatan mereka.

Beliau berkata ia bukan hanya soal pencerobohan malah aktiviti pembalakan di kawasan itu juga mengancam kehidupan Orang Asli kerana ia menyebabkan punca air tercemar dan hidupan sungai juga banyak yang mati akibat air yang terlalu kotor.

“Air mereka walaupun sudah dimasak tetap tidak boleh diminum, kasihan mereka. Kita sudah cuba tanam paip sedalam 300 kaki, tapi tidak ada air sebab ia terletak di kawasan bukit.

“Sebab itu mereka buat sekatan kerana marah dan tidak boleh nak salahkan mereka sebab nak jaga kehidupan. Kedua-dua pihak kena faham soal ini dan berunding,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanOrang AsliRizabTengku Razaleigh Hamzah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd