Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Anwar Ibrahim Disiasat Bawah...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Bencana Banjir: China Hulur...

ATAS dasar keprihatinan ekoran bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia,...

Amah Didakwa Pijak Bayi...

KUALA LUMPUR - Seorang amah warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat...

Tengkujuh: Ada Nelayan Masih...

KUALA TERENGGANU - Hanya sebahagian kecil daripada 8,200 nelayan di Terengganu masih turun...

KiniTV, Pengarahnya Didakwa Hantar Video Kritik Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Portal berita video, KiniTV dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menghantar komunikasi jelik menerusi video oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengkritik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Julai lepas.

KiniTV diwakili Pengarahnya, Steven Gan Diong Keng, 54, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

KiniTV Sdn Bhd didakwa telah membuat dan menghantar satu komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain iaitu dua versi video bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan” dan “Khairuddin: Apandi Ali not fit to be AG, he should quit immediately” pada 10 pagi, 2 Ogos di Jabatan Peguam Negara, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya.

KiniTV, yang juga anak syarikat portal berita, Malaysiakini didakwa menyiarkan dua video tersebut, masing-masing menggunakan pautan aplikasi di http//www.kinitv.com/video/36070308 pada 1.14 tengah hari dan http//www.kinitv.com/video/36708074 pada 1.34 tengah hari, 27 Julai lepas.

Sementara itu, Gan turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang sama, yang ketika kesalahan itu dilakukan, beliau merupakan pengarah KiniTV.

KiniTV didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala Gan didakwa mengikut Seksyen 244(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan sebanyak RM40,000 untuk kesemua pertuduhan yang dihadapi KiniTV dan Gan.

Peguam Fahri Azzat, yang mewakili KiniTV dan Gan bagaimanapun memohon jumlah jaminan minimum diberikan kepada OKS atas alasan Gan yang berpengalaman selama 17 tahun di Malaysiakini, dikenali ramai dan telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan Gan dan syarikat itu dibebaskan dengan jaminan tanpa cagaran berjumlah RM8,000 tanpa penjamin.

Mahkamah turut menetapkan 3 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori