• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Soalan SPM: Tiada Pegawai Kementerian Terlibat

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Tiada pegawai Kementerian Pendidikan yang terlibat dengan sindiket menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 berdasarkan hasil siasatan awal polis.

Timbalan menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata satu lagi laporan polis telah dibuat baru-baru ini untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung dakwaan itu.

“Untuk laporan kedua ini, pihak kementerian masih menunggu laporan hasil siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas Hari Terbuka bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Lian 2 di Aulong dekat sini hari ini.

Pada 13 Nov lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan sindiket itu didalangi pegawai tinggi Kementerian Pendidikan.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setakat ini, tiada sindiket seperti yang didakwa akhbar tersebut.

Mengenai bangunan baharu sekolah itu, Chong berkata ia dibina mulai 2014 dengan kos RM8 juta dan dijangka dapat digunakan pada tahun depan.

Katanya daripada jumlah itu, kementerian telah memberikan peruntukan sebanyak RM870,000, manakala bakinya disumbangkan oleh syarikat dan orang perseorangan.

“Pembinaan bangunan itu menggunakan konsep yang mengutamakan persekitaran hijau dengan bumbung rata dan membolehkan pancaran cahaya matahari,” katanya.

Ketika ini, 500 murid di sekolah itu berkongsi tempat dengan SJKC Hua Lian 1. – BERNAMA

Tags: SOALAN BOCORSPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd