• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Rohingya Perlu Ditangani Secara Komprehensif

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ASEAN perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kemelut melibatkan etnik Rohingya di Myanmar dengan segera dan secara komprehensif, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Beliau berkata ASEAN perlu mencari pendekatan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan dan bukan menyatakan bantahan berhubung apa yang dipercayai berlaku semata-mata.

“Secara peribadi pada dua minggu lepas saya ada minta diadakan mesyuarat bilateral sempena Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dengan Menteri Pertahanan Myanmar bagi membincangkan nasib dan kedudukan masyarakat Rohingya di sana.

“Saya telah ingatkan beliau bahawa isu ini adalah (bersifat) serantau dan jika tidak ditangani kita bimbang (kewujudan) ‘hot spot’ tertentu…yang dilihat sebagai kawasan yang diperhati pengganas Daesh,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Kuala Lumpur International Youth Discourse’ di sini semalam.

Malaysia mengecam kejadian keganasan yang semakin berleluasa sejak beberapa bulan di utara Rakhine, Myanmar, menurut kenyataan Kementerian Luar semalam.

Kuala Lumpur juga menggesa kerajaan Myanmar mengambil tindakan kukuh bagi menangani isu penghapusan etnik yang didakwa berlaku di utara Rakhine.

Hishammuddin bimbang jika tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah itu, masyarakat Rohingya mungkin memilih menyertai kumpulan pengganas seperti Daesh.

Dalam ucapannya, Hishammuddin berkata Malaysia perlu memperhebatkan usaha dalam menangani kumpulan pengganas.

Langkah berkenaan katanya, termasuk tindak balas pemesejan, mencegah perangkaian kewangan secara sulit, penyahradikalan suspek pelampau dan memantau gerakan merekrut anggota yang berpotensi.

Beliau berkata Malaysia telah mewujudkan pusat penyahradikalan dalam usaha bertindak balas terhadap usaha dan ideologi yang menyokong keganasan dan radikalisme dalam Islam. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun HusseinRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd