• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Terhadap Tabung Haji Berbaur Politik – TH

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyifatkan dakwaan berterusan sesetengah pihak terhadapnya adalah berbaur politik.

Menurut TH, dakwaan yang mengaitkan cabaran perniagaan yang dihadapi TH Heavy Engineering (THHE) kepada penahanan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu adalah untuk mengelirukan masyarakat.

“Isu penahanan ini berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)tentang tuduhan salah laku individu. THHE adalah salah sebuah daripada syarikat pelaburan TH yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Oleh itu, ia mempunyai lembaga pengarah dan struktur tadbir urus tersendiri. THHE juga telah mengedarkan kenyataan akhbar bagi menekankan bahawa syarikat akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” menurut TH dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan itu TH turut menjelaskan cabaran perniagaan yang dihadapi THHE berpunca daripada kejatuhan harga minyak mentah global sejak 2014 yang memberi impak kepada industri minyak dan gas Malaysia serta keadaan ekonomi dunia.

Selain itu, ia turut memberi impak kepada aktiviti cari gali serta pengeluaran minyak dan gas sekali gus membawa kesan negatif kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri itu secara keseluruhan.

“Banyak syarikat terpaksa berhadapan dengan realiti pengecilan, pemotongan kos dan penstrukturan semula aktiviti utama syarikat.

“Seperti yang dihadapi kebanyakan syarikat dalam industri ini, kejatuhan harga minyak mentah dan ramalan keadaan sektor yang kurang memberangsangkan telah memberi tekanan kepada kewangan THHE serta kesan kepada perniagaannya,” menurut kenyataan itu.

TH juga menegaskan pihaknya mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang dan penyalahgunaan kuasa bagi memastikan ketelusan, akauntibiliti, integriti serta amalan perniagaan yang baik kekal sebagai kriteria penting dalam tadbir urus korporatnya.

Sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, ia tidak akan berkompromi dan mengambil langkah sewajarnya dalam membendung sebarang perlakuan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“TH sentiasa memberi fokus kepada prestasi terbaik dalam perniagaan dan pelaburannya, berlandaskan syariah demi kepentingan pendepositnya.

“Hala tuju pelaburan TH adalah berdasarkan polisi Alokasi Aset Strategik. Setiap aktiviti pelaburan akan melalui proses penilaian yang tegar termasuk proses kelulusan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Tabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Kualiti Hidup, Kenyataan Rohani Disalah Lapor

Next Post

Pelajari Teknik Pembelajaran Aktif – Mary Yap

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

Pelajari Teknik Pembelajaran Aktif - Mary Yap

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd