• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bintang Gusti Meninggal Dunia Dalam Keadaan `Terbuang’

oleh Ahmad Albab
11/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIA adalah bekas bintang gusti popular WWE dan model Playboy serta berjaya menjadi tumpuan ramai hingga mampu memperolehi pendapatan kira-kira RM4 juta setahun.

Namun kehidupan mewah yang dimiliki oleh Chyna atau Joan Laurer telah menjadikan dia tidak terkawal dan mula mengambil dadah, hingga membawa kepada kematian tragis akibat pengambilan dadah berlebihan pada April lalu.

Abu mayatnya telah disemadikan di sebuah apartment di Los Angeles, iaitu tempat di mana mayatnya telah ditemui.

Disebabkan dia menjadi penagih dadah, ramai yang menjauhkan diri daripadanya meskipun Chyna berstatus sebagai bintang gusti popular.

Bintang Gusti Meninggal Dunia Dalam Keadaan `Terbuang'

Kisah Chyna telah dijadikan dokumentari bagi menunjukkan bagaimana kehidupan mewah dan terkenal seorang wanita musnah akibat dadah.

Karier Chyna bermula beberapa tahun selepas dia menamatkan pengajian di kolej pada 1992 namun pada 2001, Chyna terpaksa bergelut untuk kekal sebagai penggusti wanita popular.

Kejatuhan Chyna dikatakan berpunca daripada tindakannya yang menolak kontrak baru WWE bernilai RM1.7 juta dan hanya akan menerima kontrak bernilai RM4 juta sahaja.

Chyna kemudiannya dilaporkan menyesal kerana menolak kontrak baru itu sedangkan WWE sahaja yang menerimanya.

Bagi menampung kehidupannya, Chyna bergambar untuk majalah lucah Playboy, menulis memoir dan turut terlibat dalam pembikinan beberapa filem lucah.

Bagaimanapun masalah ketagihan dadah yang dialaminya telah memburukkan keadaan hinggakan keluarganya yang pernah cuba membantunya, menjadi kecewa dan memutuskan hubungan dengan Chyna.

Pada hari kematiannya, Chyna telah merakamkan dirinya berjalan di dalam apartmen berkenaan selama 13 minit dan kemudian dimuatnaik dalam talian. Polis hanya menemui mayat bekas bintang gusti popular itu beberapa hari selepas rakannya gagal menghubungi Chyna. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChynagustiplayboyWanitaWWE
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd