Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

6 Individu Bantu Siasatan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan enam individu bagi...

NSTP Diperintah Bayar RM300,000...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan New Straits Times...

Jemaah Haji Mula Berhimpun...

MAKKAH - Seramai dua juta penganut agama Islam berhimpun di Arab Saudi minggu...

Najib Vs Rafizi

1) Raja Andaian dan Tong KosongAku membaca satu persatu kenyataan Najib Razak dan...

Belia Diminta Tidak Sertai Bersih 5.0 Sabtu Ini – Khairy

SIEM REAP (Kemboja) – Golongan belia diminta untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0 yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata perhimpunan itu tidak mendatangkan faedah selain dikhuatiri bertukar menjadi perhimpunan yang agresif.

“Belia perlu elak demonstrasi, bukan kerana (kerajaan) ingin sekat kebebasan tetapi kita telah lihat perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini mencetuskan keadaan agresif.

“Kereta polis pecah dan serangan dilakukan kepada polis, kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas melawat tapak projek Sukarelawan Antarabangsa MyCorps di Kampung Anlong Samnar di sini.

Khairy dalam rangka lawatan kerja dua hari di Kemboja bermula semalam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata Bersih 4.0 pula dicemari dengan tindakan biadap daripada peserta perhimpunan itu.

“Meskipun tiada insiden buruk, ada tindakan biadap (peserta Bersih) seperti pijak gambar pemimpin dan bagi saya lebih baik (belia) elak perhimpunan seperti ini. Ini kerana ia boleh menimbulkan tindakan yang tidak disenangi oleh masyarakat,” katanya.


Khairy berharap tiada insiden yang akan menggugat keamanan negara berlaku sekiranya perhimpunan itu diadakan.

“Sepatutnya perhimpunan itu (Bersih) tidak diadakan, jika ada tuntutan atau apa sahaja, ia boleh disampaikan melalui pelbagai forum dan cara lain,” katanya.

Pada 8 Nov, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kumpulan Bersih 5.0 masih belum memenuhi prasyarat untuk menganjurkan sebarang perhimpunan pada Sabtu ini.

Khalid berkata kedua-dua notis yang dihantar penganjur gagal mematuhi prasyarat dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Rabu lepas, Khalid berkata tindakan tegas akan diambil kepada penganjur Bersih 5.0 dan kumpulan baju Merah sekiranya kedua-duanya masih berhasrat meneruskan perhimpunan masing-masing pada hari berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori