Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Fathia Latiff Mohon Peluang...

AKTRES cantik, Nur Fathia Abdul Latiff mengakui dia perlu lebih berhati-hati selepas ini...

Sahabat Cilik SPRM Dilancar...

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Sahabat Cilik...

Loji Rawatan Kumbahan Langat...

KAJANG - Loji Rawatan Kumbahan Langat yang merupakan loji pertama di Malaysia menggunakan...

Lebih 10,000 Belia Jadi...

KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 golongan belia terlibat dalam program sukarelawan 'Volunteer For...

Apakah Pereyra Diaz Bakal Tinggalkan JDT Musim Depan?

KUALA LUMPUR – Penyerang import berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz berkemungkinan besar akan meninggalkan pasukan itu pada musim depan.

Pengurus merangkap Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez memberitahu, Diaz berkemungkinan dijual kepada pasukan luar negara yang berminat membelinya.

“Kami telah menerima tawaran menarik dari kelab Mexico dan Eropah yang berminat dengan pemain import kami.

“Saya rasa kemungkinan besar beliau tidak akan berada di sini pada musim hadapan. Kita lihat dulu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Diaz, 26, yang berasal dari Argentina mula mewakili JDT pada tahun 2014 mempamerkan aksi cemerlang membantu pasukan itu mengondol beberapa kejuaraan sebelum ini.


Beliau pernah dipinjamkan kepada kelab Atlético Independiente selama empat bulan pada tahun lalu sebelum kembali semula kepada JDT. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori