• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Didenda RM600 Cederakan Ibu Kandung

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencederakan ibunya selepas berlaku perselisihan faham, seorang wanita didenda RM600 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menjatuhi hukuman itu terhadap Goh Bee Young, 42, yang mengaku bersalah mendatangkan kecederaan ke atas ibu kandungnya Chai Siew See, 84, di rumah mereka di Jinjang Baru pada 2.42 petang, 16 Oktober lalu.

Tertuduh yang tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman, Goh yang diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh memohon hukuman ringan atas alasan ia berlaku akibat perselisihan faham keluarga selain kesalahan itu adalah kesalahan pertama tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abdul Halim memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor keselamatan awam kerana tertuduh sanggup memukul ibunya sendiri yang telah tua yang turut mengalami masalah penglihatan. – BERNAMA

Tags: dendaWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd