• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Negara Tekad Jayakan Misi Bebaskan Gaza

oleh AK-47
05/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERAMAI 13 orang serikandi berjiwa besar dari 13 buah negara kini telah memasuki fasa terakhir dalam misi pelayaran solidariti memecah kepungan rejim Israel ke atas wilayah Gaza.

Wakil tunggal negara, Dr. Fauziah Mohd. Hassan yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) adalah satu-satunya peserta dari rantau Asia Tenggara dalam misi pembebasan tersebut.

Difahamkan kumpulan 13 serikandi dijadualkan tiba di perairan Gaza pada Rabu kira-kira pukul 11 pagi waktu Malaysia menaiki sebuah flotila atau kapal kecil yang dikenali sebagai Zaytouna.

Tujuan misi ini adalah untuk menghentikan kepungan Israel ke atas Gaza dan memastikan nasib rakyat Palestin terus mendapat perhatian dan pembelaan dunia seperti manusia lain.

Mereka berlepas dari Barcelona, Sepanyol pada 14 September lalu dengan pesera terdiri daripada wakil Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia.

Menurut kenyataan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad, Dr. Fauziah tekad meneruskan pelayaran meskipun ada ura-ura mengatakan pihak Israel sedia menahan Zaytouna daripada memasuki Gaza.

Baca: Flotila Ke Gaza Harungi Cabaran Awal

Juga: 2 Wanita Malaysia Sertai Misi Belayar Ke Gaza

zaytouna

zaytouna1

zaytouna2

Namun segalanya perlu dihadapi dengan tenang oleh Dr. Fauziah dan anggota serikandi yang lain kerana mereka percaya dengan mesej yang dibawa bukan berbentuk provokasi atau konfrontasi.

“Anak-anak kapal Zaytouna sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan sekiranya kami dihalang oleh tentera rejim Israel.

“Zaytouna memilih jalan aman; tanpa provokasi dan konfrontasi. Mesejnya adalah cinta, keamanan dan kemanusiaan. Prinsipnya adalah menolak keganasan.

“Krew dan anak kapal kesemuanya adalah wanita dan memang terlatih dengan pendekatan aman,” katanya.

“Aman di sini bukan bermaksud lemah. Aman bahkan adalah pilihan strategik. Tentera yang asyik dengan kezaliman akan kekok dan buntu berdepan dengan keamanan.”

Selain itu, pihak IKRAM juga menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan kejayaan dan keselamatan Dr. Fauziah serta misi menghentikan kezaliman Israel. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr FauziahGazaIKRAMMyCARE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menegaskan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan penahanan tiga individu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd